China mencatat perdagangan luar sebanyak 5. 44 trilion yuan atau RM3.41 trilion bagi dua bulan pertama 2021 iaitu peningkatan 32.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Pentadbiran Am Kastam China (GAC), eksport China mencatat 3.06 trilion yuan, meningkat 50.1 peratus sementara import sebanyak 2.38 trilion yuan iaitu pertambahan sebanyak 14.5 peratus.